23 Disember 2016 - 14:19
Serangan Udara Turki Bunuh Hampir 90 Orang Awam Di Syria

Hampir 90 orang awam dilaporkan terbunuh berikutan serangan udara Turki ke atas kawasan utara Syria sepanjang 24 jam yang lepas. Ankara juga dilaporkan sedang giat meningkatkan operasi ketenteraannya di Syria tanpa kebenaran Damsyik dalam apa yang mereka dakwa sebagai perang ke atas Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hampir 90 orang awam dilaporkan terbunuh berikutan serangan udara Turki ke atas kawasan utara Syria sepanjang 24 jam yang lepas. Ankara juga dilaporkan sedang giat meningkatkan operasi ketenteraannya di Syria tanpa kebenaran Damsyik dalam apa yang mereka dakwa sebagai perang ke atas Daesh.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria pada hari Jumaat berkata bahawa sebahagian daripada serangan itu telah mengenai bandar al-Bab sehari sebelum itu, sekaligus menyebabkan kematian 72 orang awam termasuk 21 orang kanak-kanak.

seramai 16 orang lagi kehilangan nyawa mereka termasuk 3 orang kanak-kanak pada serangan yang dilancarkan oleh pihak Turki pada hari Jumaat.

Sepanjang beberapa minggu lepas, Turki dan juga pihak militan yang disokongnya telah melancarkan operasi ketenteraan haram untuk merampas bandar al-Bab.

Damsyik dengan keras mengecam tindakan ketenteraan Turki sekaligus memanggilnya sebagai sebuah pencabulan ke atas kedaulatan negara Arab itu.

Sepanjang konflik di Syria, Turki telah menjadi pusat transit para pengganas Daesh dan kumpulan militan yang lain yang ingin menjatuhkan kerajaan sah Syria.